|
|
| Sunday, 28-Oct-2007 20:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Meriahnya Hari raya MML
|
|
Raya tahun 2007 di MML ni meriah sungguh dengan pelbagai kaum dan peringkat usia. Pelbagai juadah disediakan.Ada nasyid lak tu.Persembahan dari anak2 KAFA. Terima kasih kepada guru2 KAFA yang sudi melatih anak2 untuk majlis hari raya ini.
| Code: | | Sabaqlah dulu ucle ye.Dok tengah kumpul gambaq ni.Updater tak dan nak update lagi |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 16:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Queen of my heart donut
|
 |
|
Adunan sedia untuk digaul dan diuli..
|
|
 |
|
Queen of my heart donut
|
|
|
Bila anak cuti sekolah, mak nya sibuk la kena masak.Hari ni punya menu senang aje .Buat donut in a shape of heart.
Resepinya mudah sama aje macam orang lain buat.
Bahan2
500gm tepung gandum
sebungkus yis kering(7gm)
1/2 sudubesar baking powder
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan marjerin
1 cawan susu segar/ air
1 biji telur
1 sudu teh garam
4 sudu teh gula
Caranya
Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh.Kalau rasa doh lembik tambah tepung sedikit sehingga boleh uli .tutp bekas doh dengan kain lembap atau cling film.Perapkan selama 1 jam.Kemudian pepatkan tepung yang sudah naik 2x ganda setebal 1.5cm dan terapkan dengan acuan kesukaan anda. Perapkan lagi selama 30-40 minit dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.Salut donut dengan gula kastor.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Oct-2007 15:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Open hall Kegworth-Sutton
|
|
Sudah tiba giliran kami (warga zon kegworth-sutton) untuk buat open house, semua tertanya2 kenapa buat kat hall, apa menu nya yang sentiasa menjadi rahsia.Maka jawapannya semua orang boleh enjoy dan anak2 boleh main, mak bapak boleh makan banyak2....
juadah yg sedia utk dimakan
untuk kanak2
jemputan sedang menjamu selera
| Code: | | Apasal yang pegi tuang air dalam kamera tu?Tak ada bekas nak isi air dah ke? |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Oct-2007 17:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek kukus asam manis
|
|
Bahan2
300 gm biskut marie(dikisar@ ditumbuk halus)] diayak bersama
1 sudu teh serbuk penaik]
250gm marjerin
1 cawan gula kastor
10 biji telur gred C ( kalau gred A guna 8 biji sahaja)
pewarna hijau,merah dan kuning
2 bungkus asam manis hawflakes
Cara2
1. Ayak biskut yang telah dikisar bersama serbuk penaik.
2. Asingkan telur putih dan kuning.Putar telur putih hingga kembang dan ketepikan.
3. Putar marjerin bersama gula hingga kembang.Sekiranya nak kurang manis gula boleh dikurang hanya guna 2/3 cawan sahaja.Masukkan kuning telur satu per satu hingga habis. gaul kan putih telur yang telah dipukul tadi hingga sebati.
4. Masukkan biskut yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
5. Asingkan adunan sama banyak dan masukkan pewarna. ikut citarasa masing2.
6.Kukus bahagian pertama hingga masak atau lebih kurang 5-7 minit.Kemudian susunkan asam manis memenuhi lapisan pertama.Kemudian tuangkan lapisan kedua kek dan kukus lagi hingga masak.Buat bahagian yang seterusnya sehingga habis adunan.
7. hasilnya adalah seperti gambar berikut.
Sesuai dibuat untuk minum petang atau juadah hari raya.
Note:bagi yg tinggal especially kat Louborough/Kegworth boleh beli biskut marie kat Morrison.Asam manis kat kedai cina Leicester atau Hyperama.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Oct-2007 12:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd raya
|
|
Hari ada 9 buah rumah terbuka.Balik rumah dah pukul 7 mlm.Keluar rumah dari pagi sampai malam.Mat salleh tengok pun pelik ...Dah sampai rumah semua letih kekenyangan.Thank you for all tuan rumah yang buat open house.Satu hari dapur tak berasap......
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Oct-2007 10:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aidilfitri 2007(2nd raya in UK)
|
|
Raya kedua di Kegworth.Tahun ni kat rumah lain pula.Hati dah mula teringat kat Malaysia dah setahun dirantauan.Ada 3 kali raya lagi la............................
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Oct-2007 12:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Autum harverst assembly
|
|
Bila start sekolah n new season banyak la aktiviti kat sekolah ni..
perjalanan balik sekolah sempat bergambar
ini kat sekolah irfan
simpang dekat rumah
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Oct-2007 20:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Satu pagi di hari Sabtu
|
|
Nak masak makan awal lagi ,so cek2 kerisik tak ada.Selongkar sana selongkar sini ada kelapa kering goreng la jadi la kerisik...
Pas tu uli tepung nak buat donat plak.Tengah tunggu donat kembang sempat pulak buat biskut raya lagi.Hari ni buat tart nenas n tart strawberry.Apa yg special nya hari ni jem strawberry tu hasil dari strawberry yg dikutip summer lepas.Memang berhajat nak buat jem utk kuih tart..tu yg sedap tu..fresh dr ladang.no preservative or food coloring...Resepi ni from hanieliza fp.thank you very much...
TART NENAS/STRAWBERRY
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas.. & jem strawberry
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning /merah
Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Ambil sedikit adunan dan masukkan jem, kemudian kepalkan.
6. Untuk tart nenas gunting sedikit dengan hujung gunting utk dijadikan seperti bentuk nenas.Bagi
strawberry pula di cucuk2 dgn hujung lidi supaya nampak seperti strawberry
7. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
9. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
10. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Oct-2007 04:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya oh raya
|
 |
|
biskut pistachio
|
|
|
Macam kat Malaysia lak.Waktu ni la orang paling sibuk sekali nak prepare utk raya.Kat UK pun apa kurangnya.Tak sibuk pun bg sibuk.Maka oleh kerana dah tahun ke2 beraya, rasa nak makan biskut raya tahun ni.This is my first biskut raya.....
Biskut Pistachio(ok jugak, ubah citarasa, asyik badam je)
Resepinya diadaptasikan daripada resepi biskut badam, cuma kacangnya aje yg berbeza. biskut ni not gluten or nut free.Sape2 yg allergy tu tak leh mkn ler..
Bahan-bahan ( 50-60 biji )
140gm mentega/marjerin
65gm gula icing/gula castor
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
25gm tepung jagung
1 biji telur
200gm tepung gandum
100gm serbuk pistachio(boleh beli kacang pistachio kemudian blend hingga halus).
**Utk Hiasan
coklat masakan secukupnya
telur kuning utk glaze
Cara-cara
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung, baking powder & baking soda. Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3.Masukkan telur dan kacau.
4.masukkan tepung sedikit demi sedikit dan juga serbuk pistachio.Uli hingga menjadi doh yg lembut. Sekiranya doh masih lembik, tambahkan tepung gandum hingga boleh diterap.
5.Bentuk/terap mengikut citarasa masing. Glazekan dengan telur dan bakar pada suhu 150C atau kat gas mark 6 for 8-10 minit hingga biskut kekuningan.
6.Untuk Hiasan- Cairkan choc masak dengan cara double boiling @ jadikan kepingan kecil kemudian dgn full power masukkan dlm microwave (700watt) 1minit shj.jgn lebih nanti hangus.... kalau microwave wattnya berbeza follow the intruction kat plastik coklat....kalau tak tahu boleh tanya....
7.Celupkan biskut yg telah sejuk atau boleh hiaskan spt dlm gambar.nak tambah hiasan pun boleh cuma nak bagi menarik aje...
Don't worry ada kuih lg menanti utk diupdate..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Oct-2007 20:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Western Dinner@ berbuka puasa
|
 |
|
Juadah lengkap berbuka
|
|
 |
|
steak sebelum dituang kuahnye...
|
|
 |
|
steak yang sedia untuk dimakan...
|
| | View all 6 photos... |
|
Hari2 dok masak mee ngan nasi je.Hari ni bagi ala2 western plak.Ok juga tu.Menu hari ni mudah aje.Beef steak with salad and galic bread with mushroom soup.Sonang tu,,,
Resepi nak buat steak,actually I take from hanieliza fp, but I don't some of the ingredient ang I replace it with other ingredient.. Saya telah menggantikan sos plum dengan buah plum blend sekali dengan bahan kisar sampai hancur betul untuk ambil pastenya. sedap jugak..
BEEF STEAK
Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum
bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia
Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.
SOS LADA HITAM
Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.
SAYURAN
Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]
(Special thanks to hanieliza fp for her recipe)
Untuk resepi garlic bread n mushroom soup lg la senang beli aje yg dah ready utk dimasak..begitu jugalah dengan fish finger....Selamat berbuka dan selamat beraya....
|
|
|
|